Jumaat, 12 April 2019

Kesan  pengambilan asid amino tambahan untuk prestasi atlit
-meningkatkan rembesan hormone anerobik, mencegah kesan overtraning, mengelakkan kelesuan
mental, memperbaiki otot yang telah rosak, membekalkan tenaga otot rangka, dan meningkatkan jisim otot.

Kesan negatif pengambilan asid amino tambahan kepada atlet
-cirit birit, kekejangan pada bahagian perut, ketidakfungsian hati, kerosakan buah
pinggang, dan pitam.

Objektif mengadakan uji bakat dalam sukan. 
-untuk mencari kesesuaian bakat dengan jenis sukan, menguasai kemahiran asas, dan memiliki ciri-ciri fizikal yang diperlukan.

Pendekatan saintifik yang dilakukan semasa sesi uji bakat dalam sukan. 
-menentukan ciri fizikal dan antropometrik, tahap kesihatan dan mengadakan ujian kecergasan berasaskan kesihatan seperti daya tahan otot dan kardiovaskular kepada individu itu.

PERIODISASI DALAM LATIHAN

-Faedah periodisasi latihan kepada bidang kejurulatihan.
    -Kepentingan periodisasi antaranya adalah untuk mengadaptasi fisiologi kepada latihan dari segi          penyesuaian neuro otot dan sistem kardio-respiratori
    -meningkatkan potensi fizikal pemain
    -meningkatkan kebolehan motor
    -membina kemahiran serta kualiti psikologi atlet.

-Kitaran mikro bermaksud masa latihan yang merangkumi masa yang pendek, iaitu satu minggu, dan objektif latihan adalah untuk memperkembang aspek fizikal atlet seperti kekuatan otot dan kardio-respiratori.
-Kitaran makro pula ialah kitaran latihan yang merangkumi jangka masa yang lebih panjang seperti dua hingga enam minggu dan objektif latihan adalah untuk memperkembang dan menyempurnakan unsur teknikal.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan