Jumaat, 12 April 2019

Kesan  pengambilan asid amino tambahan untuk prestasi atlit
-meningkatkan rembesan hormone anerobik, mencegah kesan overtraning, mengelakkan kelesuan
mental, memperbaiki otot yang telah rosak, membekalkan tenaga otot rangka, dan meningkatkan jisim otot.

Kesan negatif pengambilan asid amino tambahan kepada atlet
-cirit birit, kekejangan pada bahagian perut, ketidakfungsian hati, kerosakan buah
pinggang, dan pitam.

Objektif mengadakan uji bakat dalam sukan. 
-untuk mencari kesesuaian bakat dengan jenis sukan, menguasai kemahiran asas, dan memiliki ciri-ciri fizikal yang diperlukan.

Pendekatan saintifik yang dilakukan semasa sesi uji bakat dalam sukan. 
-menentukan ciri fizikal dan antropometrik, tahap kesihatan dan mengadakan ujian kecergasan berasaskan kesihatan seperti daya tahan otot dan kardiovaskular kepada individu itu.

PERIODISASI DALAM LATIHAN

-Faedah periodisasi latihan kepada bidang kejurulatihan.
    -Kepentingan periodisasi antaranya adalah untuk mengadaptasi fisiologi kepada latihan dari segi          penyesuaian neuro otot dan sistem kardio-respiratori
    -meningkatkan potensi fizikal pemain
    -meningkatkan kebolehan motor
    -membina kemahiran serta kualiti psikologi atlet.

-Kitaran mikro bermaksud masa latihan yang merangkumi masa yang pendek, iaitu satu minggu, dan objektif latihan adalah untuk memperkembang aspek fizikal atlet seperti kekuatan otot dan kardio-respiratori.
-Kitaran makro pula ialah kitaran latihan yang merangkumi jangka masa yang lebih panjang seperti dua hingga enam minggu dan objektif latihan adalah untuk memperkembang dan menyempurnakan unsur teknikal.

Apakah istilah lain sistem tenaga?

Istilahnya ialah Sistem tenaga biologi yang dapat membantu seseorang atlet untuk melakukan senaman. Sistem biologi itu ialah sumber adenosine trifostat (ATP), iaitu sumber aerobik, dan sumber anerobik.

Setiap senaman mempunyai perubahan intensiti senaman yang  dipengaruhi oleh penggunaan sumber tenaga iaitu kegunaan sumber tenaga untuk intensiti meningkat akan bergantung kepada tenaga anaerobik, Manakala apabila intensiti menurun akan bergantung kepada tenaga secara aerobik.

Apakah perbezaan kapasiti senaman antara lelaki dan wanita?
Lelaki 
-mempunyai kapasiti aerobik lebih tinggi
-mempunyai kapasiti mengangkut darah beroksigen lebih tinggi
-mempunyai jisim oto tanpa lemak yang tinggi.
-mempunyai kandungan testosteron yang tinggi menyebabkan menyumbang kepada daya kekuatan yang tinggi.
-penggunaan sumber tenaga daripada karbohidrat yang banyak
-pengguaan sumber tenaga daripada karbohidrat yang lebih efisen

Apakah bantuan ergogenik?
Sebarang bantuan atau agen yang dapat membantu meningkatkan prestasi atlet seperti pemakanan, peralatan, kemudahan, psikologi dan sebagainya.

Ciri gentian fiber sentak cepak:
-gentian sentak cepat sesuai bagi sukan berintensiti tinggi dan berkuasa otot yang tinggi.
-konsentrasi enzim ATPase yang tinggi
-kelajuan pengecutan otot yang tinggi
-ketegangan fiber yang tinggi semasa
pemecutan,
-menyokong penjanaan tenaga secara anaerobik.

Ciri gentian fiber senta lambat/perlahan:
-bilangan mitokondria yang tinggi yang membolehkan tenaga dijana pada kapasiti yang lebih tinggi. --mempunyai keupayaan untuk berfungsi dalam jangka masa yang lebih panjang sebelum
mengalami kelesuan.
-mempunyai kapasiti mekanikal yang lebih efisen.

Bagaimana sistem peredaran darah menyesuai untuk menampung keperluan latihan berintensiti tinggi?
-peningkatan pengeluaran kardiak, peningkatan tekanan darah, tindakan pengagihan semula (redistribution) darah kepada organ yang kritikal, dan kadar aliran darah yang lancar dan cepat (rate blood flow).

Ahad, 7 April 2019

BUKU ANATOMI DAN KECERGASAN

TELAH DITERBITKAN TAHUN 2019
DITERBITKAN OLEH: JEKIUS BIN KARIM
LATAR BELAKANG AKADEMIK: UPSI DAN UMS
LATAR BELAKANG KEJURULATIHAAN: SAINS SUKAN TAHAP 2 DAN 3, LESEN BADMINTON, LESEN KAYAK, JURULATIHA BOLA TAMPAR, JURULATIH OLAHRAGA DAN PENCERAMAH SAINS SUKAN APLIKASI DALAM SUKAN